Travelog

Travelog Cuti-Cuti Perth, Western Australia

IMG-20170312-WA0041

Di dalam tubuh aku ni mengalir darah suka mengembara, macam umi dan ayah. Biarlah kereta tak baru, rumah tak besar tapi ada allocation duit untuk mengembara. Dah biasa dari kecil mengembara, jadi suka travel tengok budaya bangsa lain. Alhamdulillah, dengan berbisnes, aku boleh sponsor suami dan anak-anak untuk travel. Aku cakap, abang tak payah nak fikir duit tiket, penginapan, transportation, duit belanja, semua tu biar saya je yang fikir. Duit gaji abang, pastikan nafkah kami bertiga cukup, tak mewah pun tak apa. Ada lebih, simpan untuk masa depan. Suami mana yang tak suka kan. Nak rumahtangga bahagia, bahagiakanlah suami selalu. šŸ˜›

Beli tiket ke Perth bulan September 2016 di Matta Fair penerbangan Air Asia. Jatuh seorang RM600++ termasuk bagasi dan makan pergi dan balik. Tiket murah memanglah kena pandai-pandai cari kan. Tapi berdasarkan pengalaman dah dua kali travel lagi pula dah beranak dua, tak boleh nak travel light sangat sebab keselesaan anak-anak haruslah difikirkan. Itu yang utama. Sebab anak selesa, kita pun selesa nak berjalan. Pastikan keperluan mereka terlebih dahulu dipenuhi.

Bertolak ke Perth pada 7 Mac 2017, flight pukul 10.20 pagi. Penerbangan selama 5 jam. Sampai pukul 3.40 pagi. Dalam flight jangan berangan sesuatu yang indah. Ada 2 orang anak seorang ibu jangan mimpi dapat tidur dengan bahagianya sebab anak-anak memanglah tak sama masa tidurnya. Sila sengkangkan mata sampailah mendarat. haha.

Ketibaan di Perth

Setibanya di Perth, dari airport menuju ke tempat penginapan kami di 130 Terrace Road ambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki Transperth Bus No.380. ALhamdulillah dipermudahkan semuanya ketika declaration sebab kami bawa makanan sangatlah banyak sebab tahu tak mudah nak cari makanan halal di sini. Polis airport siap beri saya laluan khas sebab bawa baby 5 months. Terharu sangat sebab nak beratur masa immigration tu tersangatlah panjang. Memanglah orang cerita nak lepas makanan masuk ke Aussie sangatlah susah tapi bagi saya apa yang kita bawa declare sahaja semua, jangan sorok-sorok dan bacalah doa banyak-banyak agar dipermudahkan. Setakat ini dah dua kali ke Aussie, Melbourne dan Perth dua-dua tiada masalah. Declare sahaja.

Kami tiba di apartment sudah lewat petang. Apartment kami booked di AIR BNB insyaAllah trusted. Serik rasanya book dengan orang Melayu sendiri dari Amna Home yang habis dikebasnya duit RM500 lebih sampai hari ni memang tak dapat duit lagi. Tak ada apa sangat yang boleh dibuat di lewat petang, saya siapkan anak-anak mandi dan kenyangkan perut mereka di rumah. Terima kasih kepada kakak Ipar the excellent traveler mate, travel dengan dia perut sentiasa kenyang, masak macam lipas kudung tapi sedap pulak tu. Malam lepas Isyak saya dan kakak Ipar ajak keluar sekitar apartment sebab sangat dekat dengan Swan River. Jadi kami jalan-jalan ke sekitar Bell Tower dan bergambar berlatar belakangkan bangunan tinggi di bandar Perth.

Hari pertama di Perth

Keesokan harinya bermulalah perjalanan kami ke Caversham Wild Life untuk melihat kanggaroo yang dimomokkan suka bergaduh tu.Kereta sewa disewa dari Aries Car Rental Perth WA hanya AUD25/hari. Car seat AUD5 jadi untuk 2 orang AUD10. Bayaran masuk AUD28/pax manakala kanak-kanak tidak dikenakan bayaran. Puas hati dan berbaloi rasanya sebab kangaroo semua jinak dan dilepaskan untuk bermain-main dengan kita. Siap boleh selfie lagi punyalah mesra dengan manusia. Adalah dekat sejam lebih dalam tu siap makan bekal yang kami bawa di rumah. Bila sampai negara orang ni entah kenapa lah jadi macam pelahap masing-masing. Asyik lapar je pulak. heheh.

20170308_101721

20170308_100643 (1)

20170308_115316

Selepas ke Caversham Wildlife Park kami terus menuju ke kilang coklat The Margaret River Chocolate Co. Wallaaaa dekat sinilah saya sangat teruja melihat coklat-coklat yang dijual sehingga memberikan inspirasi untuk memulakan bisnes homemade chocolate yang pernah saya buat suatu ketika dahulu.

IMG-20170312-WA0041

Kebanyakan masa kami habiskan di dalam kereta sahaja, maklumlah bila bawa anak ni kena ikut mood mereka. Jadi sebab itulah lebih baik sewa kereta di Perth memandangkan harganya pun berpatutan, yang penting anak-anak selesa. Syukur sangat-sangat kedua anak-anak behave sepanjang perjalan menaiki kereta di Perth. Ini memang suatu kepelikan yang nyata.

WhatsApp Image 2017-12-18 at 3.54.47 PM

Bersambung….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *