Tips Untuk Gigi Putih Berseri Bagi Pemakai Braces

Terdapat banyak kaedah yang berkesan bagi pemutihan gigi disediakan di klinik-klinik, tetapi pastinya harga yang ditawarkan adalah sangat tinggi. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ambil di rumah untuk memutihkan gigi secara semulajadi tanpa mengeluarkan wang:

Bahan yang perlu anda ada:

  1. Straw
  2. Berus gigi
  3. Jus Lemon
  4. Garam
  5. Baking soda
  6. Hydrogen peroxide
  7. Strawberi

Langkah 1:

Hadkan pengambilan minuman yang boleh meniggalkan degilan warna pada gigi seperti kopi,teh susu, minuman bergas yang berwarna dan minuman alkohol. Jika anda tidak boleh untuk berpisah dengan minuman kegemaran yang berwarna, gunakan straw ketika minum untuk mengurangkan sentuhan antara minuman dengan gigi.

Langkah 2:

Berus gigi anda dengan segera selepas makan, lebih-lebih lagi jika makan makanan yang meniggalkan kesan warna yang degil seperti buah ber

Langkah 3:

Gosok strawberi mentah pada gigi anda, sebaik-baiknya strawberi yang asli (bukan jem strawberi- jem strawberi hanyalah untuk disapukan pada roti sahaja). Terdapat satu enzim pada strawberi yang mampu bertindak sebagai agen pemutihan. Kumur-kumur selepas anda rasakan gula semulajadi dan asid pada strawberi sudah dikeluarkan oleh strawberi pada gigi.

Langkah 4:

Makan makanan yang rangup yang memerlukan banyak kunyahan seperti lobak, daun saderi, brokoli, dan epal kerana makan seumpama ini membantu dalam membuang plak yang terkumpul di celahan gigi.

Langkah 5:

Celup berus gigi di dalam soda bikarbonat sebelum memberus gigi. Hasilnya memuaskan walaupun rasanya tidak sesedap yang dirasa.

Langkah 6:

Campurkan jus lemon dan garam dan kacau sehingga ia jadi seperti pes. Berus gigi anda dengan pes tersebut dan bilas. Sekali lagi, rasanya tidak menyenangkan tetapi pastinya gigi anda berterima kasih kepada anda!

Langkah 7:

Gunakan hidrogen peroksida untuk memberus gigi anda. Celup berus gigi anda ke dalam kuantiti kecil peroksida dan berus seperti yang anda lakukan dengan ubat gigi biasa, Hati-hati agar tidak tertelan. Bilas dengan air.

Selamat Mencuba Untuk Gigi Yang Putih Berseri! 😛

Tips Ekstra:

1. Beli ubat gigi yang mengandungi agen pemutihan berasaskan alam semujadi.

2. Berus gigi setiap kali selepas makan dan kerap floss gigi adalah langkah pertama untuk senyuman yang kekal berseri.

13 comments on “Tips Untuk Gigi Putih Berseri Bagi Pemakai Braces”

      • LilyNrman Reply

        Kalau guna produk alam, gigi insyaAllah tak terhakis. Semua Allah buat are the BEST one. In fact, ubat gigi pun ada kandungan semula jadi what…plus ada chemical plak tuh..

        Saya hairan dengan kelebihan berus sugi. Twist little bit there, lil bit here, dah! bersih dah. Rasa macam tak bersih plak..

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *