Simple Skincare Yang Best

simple skincare malaysiaDulu-dulu masa aku form 2, zaman jerawat pasir bersepah dekat atas muka, kakak aku belikan Simple Moisturizer untuk merawat jerawat di atas muka aku. Tapi sedih, kesannya tak seberapa mungkin disebabkan dulu-dulu aku tak makan madu, sekarang aku dah makan madu, jadi kesan produk Simple ni ke atas kulit aku sangat mengujakan!

Baru-baru ni timbul kesedaran untuk aku meninggalkan kosmetik yang meragukan yang kebanyakannya mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Kosmetik yang aku gunakan hari tu walapun peniaganya meyakinkan bahawa tiada merkuri dan hidrokuinon tapi ia sangat-sangat meragukan kerana kulit akan jadi putih pelik dalam tempoh seminggu sahaja.

Tahu tak kalian bahawa jika kosmetik yang mengandungi merkuri berlebihan dan hidrokuionon adalah sangat merbahaya untuk dipakai? Contoh produk yang mengandungi kandungan merkuri dan hidrokuinon yang tinggi ialah Natural 99 di mana komposisi produknya terdiri daripada Sabun Muka, Krim Siang dan Krim Malam. Produk yang aku guna sebelum ni pun komposisinya adalah sama terdiri daripada Sabun Muka, Krim Malam dan Krim Siang. Jadi, sebelum apa-apa terjadi dekat kulit aku walaupun hasilnya cantik, lebih baik aku tinggalkan dulu daripada merana di kemudian hari. Bahkan, hari ini memang berlambak kosmetik di pasaran yang hanya repackaging dan rebranding semula krim yang dibeli daripada Indonesia dengan harga RM30/kg lepas tu dijual semula dengan harga yang 3 kali ganda tinggi daripada harga asal. Gila!

Lagi gila bila ambil gambar atau tengok di cermin, muka je putih tapi leher dan tangan gelap! Sekarang aku dah fully recovered untuk mengembalikan warna kulit muka tu supaya sama dengan warna tangan.

Baca mengenai merkuri dan hidrokuinon lebih lanjut di sini.

Aku pergi farmasi. Aku belek-belek kandungan skincare yang ada dan ternyata Simple lah yang paling aku berkenan sebab konsepnya ialah NO PERFUME, NO COLOUR. Bermakna kandungannya bebas daripada bahan kimia keras yang boleh merosakkan kulit. Harga pun berpatutan. Tapi pakai ni memang kena sabar. Mula-mula aku pakai, kerap pulak keluar jerawat halus-halus ni. Kejap-kejap kat antara kening, kejap-kejap kat tepi bibir dan banyak lagi lah. Mungkin kulit nak menyesuaikan diri dengan produk baru.

krim malam Kind to skin simple

Lepas 2 minggu barulah aku rasa kulit aku jadi sangat best bila bangun pagi selepas pakai Kind To Skin Vital Vitamin Night Cream setiap malam. Bila bangun pagi aku rasa macam betul ke ni kulit aku? Kenapa pori-pori dia kecik sangat ni?haha. Yang penting kita tak rasa nak marah-marah bangun pagi sebab krim malam yang tak best dan kulit lembab selalu.

Untuk pencuci muka aku pakai Oil Balancing Exfoliating Wash di waktu pagi sahaja dan diikuti Clear Skin Oil Balancing Moisturiser. Lepas tu pakailah Krim SPF apa pun yang sesuai dengan kulit muka untuk melindungi kulit muka daripada pancaran matahari.

Hasilnya memang best, superb, awesome! Yang paling penting, kos yang aku perlukan untuk Simple Skincare ni ialah RM60 dan boleh bertahan untuk 5 bulan. Memang jimat! πŸ˜€

16 comments on “Simple Skincare Yang Best”

  1. Naziman Reply

    Dulu selalu juga jaga muka. Cuci muka 2 kali sehari. Pergi facial buang yang hitam-hitam dan jerawat lama dalam kulit. Tapi sekarang ni rasa malas pula. hehe

  2. Adila Reply

    Time sy kat msia muka jd sgtttt teruk!!!
    Psl cuaca jgk kot?

    Lg2 mkn tak jaga uwaaaaaa~
    tu dok jg jgk pun jd mcm tu
    Pastu jd sensitive plak kat pencuci muka brand yg slalu pakai

    Terpaksa try test brand lain

    Balik je kat negara sejuk ni xbuat apa pun muka recover balik
    Konpem la psl xgi hentam makan yg ntah pape tu hihihiih

    Nnt nak try la simple
    Sblm ni guna loreal tp muka sensitive abess teruk muka

  3. Lily Nrman Reply

    Lily pakai krim dan ubat muka yang diberi oleh doktor kulit. Alhamdulillah makin improved. Tapi tak leh stop makan ubat hormon benda ntah , nanti naik balik…

    • adele Reply

      tak sampai RM60 pun sebenarnya. yang itu anggaran kasar.
      macam saya kos spt di bawah dah boleh dapat kulit bersih πŸ™‚

      pencuci muka – RM19.90
      toner – RM17.90
      pelembab – RM19.90

      kalau ada offer kat giant boleh diskaun sampai RM3 satu produk tu πŸ˜€

  4. Liyana Reply

    Yana macam berminat dengan produk ni. Tengah survey2 review dan testimoni orang lain tentang produk ni. sebab kulit Yana jenis combination + sensitive sikit.
    Masa awak mula2 beli dulu, awak try yang trial set punya ke atau macam mana?
    Really need your apply. Mcm best je. πŸ™‚

    • adele Reply

      Yana..maaf lmbt respon. sgt bz senjak dua menjak ni..sy pakai terus set regular, tak beli yg trial pun.. πŸ˜€

  5. cikteha Reply

    hi ! teha pon baru guna brand ni .hope okey kt muke sendiri .bnyk crik review,tp mat salleh je buat hehehe

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *