Sebelum dan Selepas Memakai Braces

Hampir 5 bulan sudah aku pakai retainer. Tahu tak retainer itu apa? Retainer itu ialah besi yang dipakai selepas braces dicabut untuk mengukuhkan kedudukan gigi. Walaupun gigi sudah teratur tak bermakna gigi kita berada dalam keadaan yang kukuh dan akan kekal cantik sampai bila-bila bahkan bila braces sudah dicabut, gigi cenderung untuk bergerak semula disebabkan faktor-faktor seperti memakan benda keras, gigi bongsu yang mula keluar dan berbagai lagi. Eh, bunyi macam doktor gigi je kan? Dulu cita-cita aku memang nak jadi dentist pun tapi SPM teruk, terpaksalah ambil undang-undang je. Itupun undang-undang cikai je.

Nasihat aku buat mereka yang memakai braces, nanti dah pakai retainer, silalah konsisten! Sebab memakai retainer boleh membantu gigi kita untuk terus tersusun sampai bila-bila. Walaupun tempoh 6 bulan memakai retainer sudah lepas, amalkan memakai retainer setiap malam ketika tidur sebabnya kalau lipas gigit gigi kita nanti, terus tak cantik. Tak ada kaitan pun kan?

Ini adalah struktur gigi aku sebelum memakai braces. Gigi aku tak berlapis cuma ruang yang terhad menyebabkan gigi tidak terusun.

6 bulan selepas itu, pergerakan gigi semakin jelas ketara. Setiap bulan dengan rajinnya aku pergi appointment untuk hasil gigi yang cantik. Dan gambar di bawah ini, gambar selepas sebulan braces dicabut! Sangat menakjubkan.

Kepada siapa harus berterima kasih? Kepada ayah aku kerana dengan jasa beliaulah impian aku ini tercapai.

Semoga dengan tulisan yang tidak seberapa ini dapat memberikan semangat buat mereka yang masih teragak-agak untuk memakai braces. Bayaran yang mahal pasti takkan membuat anda kecewa. Aku bersedia menjawab persoalan di benak kalian sebaik mungkin. Terima kasih ๐Ÿ™‚

21 comments on “Sebelum dan Selepas Memakai Braces”

  1. Adila Reply

    Mcm nak tp isshhhh mahal!!
    Nak kena cabut lg isshhh~

    My sis buat tp skrg gigi dah lari balik eventho dia pakai retainer

  2. yadam Reply

    bleh taw x brape btg gigi yg anda kena cbut before pkai braces?? sbb gg sy lebih kurg mcm gg anda before pkai braces ๐Ÿ˜‰

  3. Miss NR Reply

    Assalamualaikum..nak tanya. Awak pakai sebulan je ke braces? Ada ke orang pakai braces dalam masa sebulan? kalau gigi jarang kat tengah, agak2 berapa lama kena pakai ye? ๐Ÿ™‚

  4. NA Reply

    Assalamualaikum. Hai adele. Nak tnya, masa pakai braces yg bahagian bawah tu kan, ada gigi yang kena cabut tak?

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *