Pengalaman IMKK Disember 2015

imkk

Alhamdulillah, saya dan suami tercinta berkesempatan untuk mengikuti program Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) pada 11-13 Disember yang lalu. Bukan mudah untuk seorang ibu beranak kecil nak menghadiri program dari pagi hingga ke malam selama 3 hari tanpa pengorbanan. Terima kasih ummi dan ayah kerana pengorbanan kalian untuk menjaga Sufy sepanjang program, membuatkan anak-anakmu semakin tahu matlamat dan hala tuju.

Pernah juga suatu ketika dahulu, saya didendangkan bahawa Dr Azizan Osman hanyalah seorang manusia yang sekadar menjual air liur sahaja. Bahkan suami saya seorang yang sangat susah untuk menerima program motivasi, tetapi dengan IMKK berjaya membuat dia semakin bersemangat ke pejabat setiap hari, menghadap agreement yang berlambak, dengan keyakinan bahawa hidup kita, kerja kita atau bisnes kita biarlah bermanfaat untuk semua. Saya sangat gembira kerana wang yang saya laburkan untuk program ini berjaya mengubah persepsi kami suami isteri. Alhamdulillah.

Kini saya merupakan perunding hartanah sepenuh masa. Kepada yang nak jual rumah, sewa rumah atau beli rumah boleh hubungi saya melalui maklumat di bawah. Insyaallah, saya akan bantu anda memudahkan urusan hartanah yang sering dianggap susah.

Adilah Hamzah
Rescom Realty
Whatsapp/SMS/Call
014-8311799
adelehamzah@gmail.com
AllHartanah.Com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *