Pengalaman Bersalin Anak Ke 2 Hospital Islam Azzahrah Bangi

Bismillahirrahmanirrahim…

Dah baca pengalaman bersalin anak sulung saya di Hospital Serdang? Kerana pengalaman bersalin anak kedua saya adalah lebih kurang dengan anak pertama. Tidak lama di labour room. Tidak sampai 1 jam. Datang ke hospital betul-betul hanya untuk mengeluarkan anak dari rahim. Alhamdulillah. Saya teringat kata-kata ibu saya betapa Allah sayangnya pada kita kerana memberikan rasa sakit untuk bersalin begitu sekejap. Saya mula sakit perut memulas betul-betul jam 4 pagi dan bersalin 7.48 pagi.

whatsapp-image-2016-11-10-at-6-11-58-pmMalam itu seperti biasa saya uruskan Sufy sebelum tidur. Kami tidur di rumah abang saya di Seri Bangi. Memang kebetulan tidur situ dan nak bersalin pagi tu. Kalau dari Semenyih rasanya memang terbersalin dalam kereta dah. Saya tukarkan pampers dan gosokkan gigi. Sufy tak banyak buat perangai pula. Senang je bila disuruh, selalunya tak macam tu pun, mesti didahului dengan adegan kejar-mengejar, jerit-menjerit mungkin beri peluang pada saya untuk settlekan dia awal-awal dan boleh bersalin dengan cukup tenaga.hehe. Kemudian kami pun tidur dengan lenanya…

Tepat jam 4 pagi saya tersedar, perut memulas lain macam, siang sebelum itu memang baby asyik mengeras saja dalam perut tetapi tidak sakit. Saya tak sambung tidur sebab bila tersedar tu memang terasa puasnya tidur. Deep sleep orang kata. Selang beberapa minit kemudian perut memulas lagi. Saya yakin yang itu memang sakit nak bersalin. Saya bergolek dulu ke kiri ke kanan, control pernafasan konon-konon ikut ajaran gentle birth. Hipnosis diri sendiri. Menikmati rasa sakit yang semakin menggigit-gigit. hehehe. Makin lama makin kerap.

Saya download apps labour sign untuk lihat kekerapan contraction . Bila lihatkan kekerapannya 5-10 minit memang dah nak bersalin sangat dah ni! Saya kejutkan suami di sebelah, saya cakap ‘abang saya rasa saya dah sakit nak bersalin ni. Suami terpisat-pisat jaga dari tidur. Nak pergi hospital sekarang ke? Saya balas tak apa boleh tahan lagi. Kita tunggu subuh dulu lah.

whatsapp-image-2016-11-10-at-7-45-16-pm

Mujurlah subuh pun awal. Saya siap mandi dulu, solat hajat, solat taubat dan solat subuh. Rasa lebih tenang pula nak bersalin kali ni tak kalut macam anak pertama dulu. Selesai solat saya pun kemas apa-apa yang perlu, capai handbag pakai jubah hitam dengan tudung turki. Sufy masih tidur di atas katil. Sebelum tinggalkan bilik sayu rasa hati nak tinggalkan Sufy, mengalir jugaklah air mata ni sebab risau kalau dia terjaga dia cari saya, ibunya tak ada. Risau jika saya sakit bersalin lama duduk di wad, siapa nak uruskan dia. Maklumlah saya dan Sufy tak pernah berpisah. Tidur malam bawah ketiak saya, siang-siang dunia dia adalah saya. Mujur jugalah dia rapat dengan kakak ipar saya.

Pukul 6 pagi bertolak dari Seri Bangi menuju ke Hospital Islam Azzahrah, tapi suami nak singgah 7 Eleven sekejap nak beli makanan beri saya tenaga untuk meneran. Taknak kisah bersalinkan Sufy berulang lagi. Masa bersalinkan Sufy dulu satu makanan pun tak ada. Makan malam terakhir saya jam 10 malam iaitu nasi paprik dan pagi itu nak meneran tiada tenaga. Maka suami pun beli air oren dan roti. Sakit contraction masa tu dah makin kuat dan lagi kerap. Lepas beli makanan kami terus ke HIAZ. Sampai di HIAZ dalam 6.30 pagi. Terus naik ke tingkat ke 2 beritahu nurse saya dah nak bersalin. Nurse minta masuk ke satu bilik untuk ambil CTG dan denyutan jantung baby. OK OK dalam bilik ni sakit memang tak boleh tahan dah. Mujur suami ada dekat sebelah saya minta dia picitkan pinggang saya kuat-kuat bila contraction datang. Bagi pressure sikit dekat sakit tu konon-konon boleh melegakan kesakitan. Suami pun urutlah lemah gemalai saya cakap abang kuat lagi abang. KUAT LAGI. Dia pun tak tahu macamana rasa sakit tu ingat macam putus jari je kot. hahaha. Bagi dia urut kuat sangat dah tu. :p

Lebih kurang jam 7 pagi, midwife pun sampai untuk cek bukaan. Gembiranya rasa hati bila midwife cakap bukaan dah 8cm. Orang yang paling happy semestinya lah diri sendiri sebab tak payah lama tahan sakit. Hahaha. Midwife minta masuk ke labour room selepas tukar baju hospital. Saya pun bersiap siagalah dengan pakaian pink standard tu. Dah bersedia sangat nak melahirkan ni. Nurse pun bawa dengan wheelchair masuk ke labour room di tingkat 1. Masuk je labour room tiba-tiba pula rasa nak buang air kecil. Saya minta kebenaran nurse nak pergi toilet tapi nurse macam nak bagi tak nak bagi tapi saya cakap saya memang nak kencing nurse, tak tahan dah ni. Nurse izinkan tapi dia cakap jangan buat benda lain ya puan. Benda lain maksudnya meneran anak dalam tandas. Memang masa tu rasa macam nak terkeluar dah baby terkepit-kepit saya menahannya tuhan saja yang tahu betapa perasaan itu mendebarkan takut anak meluncur keluar.

whatsapp-image-2016-11-10-at-6-11-58-pm-1

Siap buang air kecil saya naik atas katil, nurse tengah bersilat siapkan peralatan nak bersalin. Sekejap-kejap saya tahan contraction yang paling sakit tu sehinggalah saya rasa macam nak meneran. Tiba-tiba terpacul wajah Doktor Mashita yang menenangkan tu depan mata saya. Saya tanya boleh ke saya nak meneran ni? Baik gila minta kebenaran dulu. hahaha. Semua yang ada dalam labour room tu cakap haa teran boleh teran dah. Muka semua happy je sebab proses bersalin aku sekejap. Seingat saya, teran pertama kali baby tak keluar sebab salah teknik, ada nurse cakap kepala kena tunduk ke dada puan. Macamanalah saya boleh lupa, mungkin sebab sakit sangat habis lupa dah semua teknik. Kali kedua saya push kepala baby pun keluar dan seterusnya badan pun meluncur keluar. Alhamdulillah……Perasaan ketika itu ya Allah, sememangnya bertarung nyawa. Sakitnya Allah saja yang tahu..Terima kasih ya Allah kerana memudahkan proses bersalin aku. Kalau begini mudahnya tak kisah lah anak 10 pun saya OK. hahaha. Suka lah suami aku kalau baca. :p

bersalin

Oh ya, tips bersalin yang saya nak kongsikan, ketika sakit contraction sudah mula terasa, jangan terlalu melayan rasa sakit tersebut sebab ia hanyalah membazirkan tenaga kita. Cuba belajar teknik pernafasan yang betul seperti yang diajarkan dalam gentle birth. Semakin kita melawan rasa sakit contraction semakin badan kita akan penat dan sebenarnya jika kita mengerutkan muka menahan sakit adalah melambatkan lagi proses pembukaan proses servik. Puas jugalah aku menahan daripada muka berkerut dan melembutkan badan supaya tidak melawan sakit contraction, ya saya tahu contraction tu memang terlampau sakit tetapi jika kita praktis dari awal, kita mampu mengawal emosi dan ketahanan badan kita ketika hari kejadian. InsyaAllah.

Sekejap sahaja di dalam labour room, saya dipindahkan ke wad. Kami booked untuk pakej Aliya. Alhamdulillah sangat lah selesa. Memang recommended lah Hospital Islam Azzahrah ni. Hospital yang mesra muslim, menenangkan, selesa dan kos berpatutan. Rasa macam nak duduk berhari-hari sebab tak payah buat kerja kat situ tetapi kembali ke alam realiti kau dah beranak dua. hahaha.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini, jika terdapat pertanyaan boleh lah drop kan komen kalian di ruangan komen.

Terima kasih.. 🙂

8 comments on “Pengalaman Bersalin Anak Ke 2 Hospital Islam Azzahrah Bangi”

      • Chip Reply

        agaga..7 bln baruuu..sian pulop ke kenit tu awal sgt dpt adik..insya Allah dilah…umur pun makin lanjut..lelanjut kang xlrt na teran da..haha..becoming!

  1. Mujahidah ain Reply

    Slm pn.tahniah ats kelahiran baby ke-2. Boleh tahu bpe total cost utk pakej yg puan pilih di hiaz tu,tq😊

    • Adele Hamzah Reply

      Wassalam, terima kasih puan 🙂

      Kos penuh saya bersalin di azzahrah dgn mengambil pakej Aliya ialah RM2300 lebih kurang, pakej Aliya RM1999, tetapi perlu tambah kos sbb sy bersalin perlu on call pakar dan tambah GST so total lebih kurang RM2300, tak igt dah resit letak di mana. Harap membantu puan 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *