Travelog, Uncategorized

Menanggung Rindu

Assalamu’alaikum

Dua tiga hari ni, aku pergi office, lawyer aku cerita pasal dia pergi umrah. Seronok tau dengar orang pergi umrah ni sebab aku tahu perasaan tu macamana. Hari ni aku masuk office, ada pulak gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di ruang legar tu, lama aku tenung gambar tu, jiwa melayang ke sana. Oh, indahnya perasaan tu hanya Allah saja yang tahu. Perasaan ni tertarik-tarik kerana terlalu rindu. Hanya mampu berdoa agar aku diberi peluang untuk menjadi tetamuNya lagi…..

Video kat bawah ni malam terakhir aku berada di Masjidil Haram. Lama aku bertenggek di tepi tu menatap kaabah yang dijanjikan 20 rahmat jika memandangnya sahaja. Merakamkan memori Maghrib dan Isyak aku yang terakhir di Masjid yang mulia dan suci ini. Ramainya manusia kan? Kalau korang tengok video ni, ada orang ramai lalu depan kamera ni tu sebenarnya mereka sedang bertawaf. Tawaf boleh juga dibuat di tingkat atas bukan berdekatan kaabah tu saja. Asalkan lengkap 1 pusingan maka itupun dikira tawaf.

 

 

Aku harap sangat-sangat agar satu hari nanti aku boleh menjejakkan lagi kaki ke sana. Sangat-sangat berharap sebab aku terlalu rindu. Dan aku pelik kenapa ada segolongan manusia ni yang suka mempersoalkan orang lain yang pergi umrah banyak-banyak kali padahal kalau dia tu melancong merata satu dunia tu ada orang nak kisah? Pergi sana sini seluruh pelusuk dunia tapi Tanah Suci Haramain tak pernah pulak masuk senarai untuk pergi? Nampak tak sebenarnya Allah masih belum nak menjemput dia ke sana dan lebih baik berdoa agar Allah sudi menjadikan kamu sebagai tetamu di sana. Sekian ๐Ÿ™‚

17 thoughts on “Menanggung Rindu

  1. Azan di sana kedengaran begitu merdu dan syahdu sekali. Sayu pulak Lily dengar. ๐Ÿ™ ๐Ÿ™

    Semua orang fokus nak menunaikan ibadah sahaja kan? Cantik betul rekaan-rekaan di sana.

  2. Indah sungguh suasana di sana. Suara azannya sungguh merdu dan menenangkan. Wajah adele juga sunguh bersih dan bercahaya. Kita adalah sangat jauh berbeda dari segi pendekatan agama. Mungkin one day saya akan ke sana ๐Ÿ˜ฅ

    1. sy boleh jamin pada Nizam, di sana ketenangannya kita tak pernah rasa di tempat-tempat, dan masa-masa yang lain. terlalu istimewa. insyaAllah akan dipermudahkan jalan utk Nizam ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *