Peribadi, Sukan dan Rekreasi

Tertunai Hasrat Di Hati – Xiom dan Sriver

Tinggal beberapa hari saja lagi cuti semester aku sebelum aku bergelar pelajar tahun akhir Syariah dan Undang-Undang. Bermakna tempoh pengajian aku pun tinggal setahun je lagi. Bermakna juga, tinggal setahun je lagi untuk aku terus berada dalam Team Pingpong universiti aku. Wah, sedihnya aku rasa saat ini mengenangkan detik perpisahan dengan sahabat-sahabat pengajian tetapi lebih menyedihkan lagi bila aku perlu meninggalkan team yang aku sayang lebih kurang 3 tahun lamanya kami bersama.

Setiap rabu malam dan sabtu malam, kami turun sama-sama training untuk mantapkan team. Kami belajar skill baru dari hari ke hari. Daripada kekok pegang bat pingpong sehinggalah kepada cara yang betul. Semuanya atas jasa dan pengorbanan coach kami, Salehhuddin bin Johari. Kalau tak kerana dia, aku pun tak ada feel nak membezakan antara jenis getah yang bagus dengan yang tak best, bola yang berkualiti dengan bola yang murah, semuanya dapat aku pelajari dalam tempoh 3 tahun ini.

Masa mula-mula aku masuk team ni, aku tak tahu teknik asas langsung. Pukul bola pun banyak keluar daripada masuk, banyak tinggi daripada rendah, banyak kosong daripada spin. Teringat aku pada kata-kata coach ” bila awak dah pandai main nanti, awak sendiri akan rasa bat yang mana sedap, yang mana tak sedap nak pakai”.

Peribadi, Sukan dan Rekreasi

Kejohanan Masum 2012 (Pingpong)

Assalamu’alaikum Kami kalah di quarter final. Sedih? Ya. Galau? Ya. Perasaan bercampur baur. Sejurus selepas double pasukan aku dikalahkan sebuah universiti yang mana pemainnya ialah Melayu, aku terus keluar dewan. Menahan peritnya untuk menerima kenyataan. 5 minit kemudian aku masuk semula ke dalam dewan pertandingan kerana aku harus menghadapi kekalahan yang nyata. Aku terima bahawa pasukan aku belum rezekinya lagi…

Read More

Sukan dan Rekreasi

Semangat Semangat Semangat

Assalamu’alaikum Perperiksaan Sudah Tamat          Alhamdulillah…syukur sangat-sangat akhirnya peperiksaan akhir aku bagi tahun 4 tamat juga seperti yang diimpikan. Sebenarnya aku berangan je, sebab esok ada 1 paper lagi. Sepatutnya dah habis hari ini tapi disebabkan ada masalah teknikal untuk subjek Rundingcara dan Sulh, subjek ini terpaksa ditangguh ke petang esok pukul 3. Sepatutnya lagi, subjek ini…

Read More

Peribadi, Sukan dan Rekreasi

Kejohanan Pingpong Bergu Monavie

Assalamu’alaikum Pagi tadi aku ada tournament pingpong di Bangi. Awal je aku balik sebab semua round aku kalah. Mana tak kalahnya sebab aku lawan dengan lelaki semuanya. Dahlah yang otai-otai. Memang bukan saingan aku langsung. hewhewhew. Yang penting sebenarnya dapat menghindari perasaan gemuruh ketika game dan sebenarnya aku dah tak gemuruh pun sejak kebelakangan ni. Buang masa je kalau nak…

Read More

Sukan dan Rekreasi

Ekspedisi Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan

Assalamu’alaikum

        Adalah orang tu kan, dia tunjuk gambar dia panjat gunung Kinabalu. Aku tiba-tiba teringat yang aku ada panjat Gunung Datuk baru-baru ni. Program ini merupakan aktiviti semester kuliah aku. Setiap sem pasti kami akan ke mana-mana bagi mengeratkan ukhwah sesama kami. Alhamdulillah, dengan kudrat yang aku ada, aku betul-betul sampai ke puncak gunung. Dalam 5-6 orang je yang berjaya sampai ke puncak tertinggi, perempuan yang lain semua dah tak berani nak naik 2 tangga curam untuk sampai ke puncak. Aku pun pada asalnya menangis dulu nak naik ke atas, lepas dah siap menangis, baru aku panjat. Mujurlah ada kawan-kawan aku dari unit JPAM, dioranglah bagi semangat kat aku untuk sampai ke puncak. Gembira dowh.


Video pun aku ada juga.hehe. Bila dah sampai puncak, tengok awan bergerak ditiup angin, sangat terasa damainya jiwa melihat kebesaran Allah yang mencipta langit dan bumi.

Photobucket
Yang benar-benar sampai ke puncak!heheh