Kesihatan dan Kecantikan

8 Penyakit Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut. 1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung…

Read More

Kesihatan dan Kecantikan

Jenis-Jenis Retainer

Saat yang paling menggembirakan dalam hidup seseorang yang memakai braces apabila doktor bagitahu yang kamu dah boleh cabut braces lagi 2 minggu. Retainer akan diberikan dan perlu dipakai secara berterusan selama 6 bulan, 24 jam sehari kecuali ketika hendak makan.

Dah 6 bulan lebih aku cabut braces tetapi aku masih memakai retainer. Tapi waktu malam sahaja. Siang-siang cabutlah dan rendam retainer tersebut di dalam air. Aku guna retainer Hawley.

Ia amat mengujakan apabila anda dapat menanggalkan braces anda dan beralih ke peringkat retainer. Oleh demikian berikut merupakan jenis-jenis retainer yang perlu anda tahu .

Retainer berfungsi sebagai alat untuk mengekalkan susunan gigi setelah dibaiki oleh braces.Ia mengambil masa hampir setahun bagi ligamen periodontal memejal ke posisi baru mereka setelah braces ditanggalkan. Oleh itu, amatlah disarankan memakai retainer setelah tamat tempoh rawatan braces seperti yang disarankan pakar orthodontik anda. Jika anda meninggalkan atau berhenti memakai retainer, gigi anda berkemungkinan untuk kembali kepada posisi asal (sebelum rawatan braces) seperti lebih tidah tersusun dan jurang antara gigi lebih ketara.

Kebanyakan orthodontic menasihatkan pesakit mereka agar memakai retainer 24/7 untuk beberapa bulan terawal dan kemudian hanya pada waktu malam. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengurangkan pemakaian retainer dengan beberapa malam seminggu tetapi anda tidak boleh berhenti sepenuhnya.

Ketika anda baru memakai retainer, anda mungkin akan merasa pelik atau tidak selesa di dalam mulut anda. Pastikan anda memberitahu orthodontik anda jika terdapat mana-mana bahagian yang melekat atau tidak selesa kerana mereka boleh melaraskan retainer tersebut supaya lebih selesa. Anda mungkin mendapati anda bercakap sedikit pelat atau pelik ketika baru memakai retainer. Jangan bimbang, dalam tempoh lebih kurand sebulan, anda dapat membiasakan didi dengan penggunaannya dan pertuturan anda akan bertambah baik.

Kesihatan dan Kecantikan

Tips Untuk Gigi Putih Berseri Bagi Pemakai Braces

Terdapat banyak kaedah yang berkesan bagi pemutihan gigi disediakan di klinik-klinik, tetapi pastinya harga yang ditawarkan adalah sangat tinggi. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ambil di rumah untuk memutihkan gigi secara semulajadi tanpa mengeluarkan wang: Bahan yang perlu anda ada: Straw Berus gigi Jus Lemon Garam Baking soda Hydrogen peroxide Strawberi Langkah 1: Hadkan pengambilan minuman yang boleh…

Read More

Kesihatan dan Kecantikan

Senarai Klinik Gigi Untuk Rawatan Pendakap Gigi/Braces

Memandangkan aku tak selalu dan amatlah jarang melawat page Komuniti Braces tu maka aku senaraikan klinik-klinik gigi swasta yang menawarkan rawatan ortodontik ni. Penat tau nak menyenaraikan klinik-klinik ni, dahlah aku bukan dentistry student – buat pulak kerja-kerja pergigian ni, berpinar-pinar jugaklah mata ni nak fokus kat laptop. Tapi disebabkan niat suci dan murni aku untuk memudahkan semua pengunjung yang banyak sangat bertanya kalau kat negeri bla bla bla ni klinik apa ada? Ini lah hasilnya. Semoga dapat membantu kalian semua untuk mendapatkan senyuman yang lebih menawan macam aku. hahaha

Nota:

Gunakan Ctrl+F untuk mencari negeri anda. Semua ada. Tak payah risau.
Senarai ni tak lengkap dan akan diupdate dari semasa ke semasa.
Kepada sesiapa yang nak update atau berkongsi klinik anda, boleh tinggalkan komen, nanti klinik anda akan dimasukkan ke dalam senarai. Memang tak apat duit, tapi dapat pahala tolong orangkan? 🙂
Selamat membuat survey!

Kesihatan dan Kecantikan

Consume Evening Primrose Oil

The other way to make me healthy is by taking a 1000 mg capsule of Evening Primrose Oil, EVERYDAY. This Evening Primrose is a wildflower that native to North America, Europe, and parts of Asia. The oil extracted from the flower has been proven clinically to improve your heart because it is very high in the omega-6 linolenic acid. It…

Read More