Bisnes

Bisnes Dan Jaringan Kenalan

WhatsApp Image 2018-05-19 at 12.15.12 AM

Kehidupan yang agak sibuk membuatkan saya tidak berpeluang untuk menaik muat kisah baru di sini, malah sering terlupakan akan kewujudan blog ini. Saya beritahu pada diri, saya patut menulis sehingga mati, agar semua yang berlaku dapat dijadikan kenangan buat yang masih bernafas.

Hari ini saya bertemu dengan dua insan positif, jika satu hari nanti saya berjaya sebagai seorang usahawan, inilah platform yang telah membawa saya untuk pergi lebih jauh. Semoga pelaburan ini memberi pulangan hebat untuk bisnes saya.

Bisnes yang saya lalui adalah bisnes yang di mana, di mata orang pastinya nampak saya membuat sales sahaja, tetapi onak dan duri, liku-liku dan rintangan yang saya redah tiada siapa yang tahu kecuali diri ini lah, dari dalam diri ini lah, yang tahu akan betapa kuatnya saya perlu, yang tahu betapa banyaknya air mata yang tercurah dek kesakitan menanggung segalanya, sehingga berkali-kali saya rasakan saya perlu berhenti serta merta semua ini tetapi dari dalam diri ini jua datangnya kekuatan untuk meneruskan apa yang saya sudah mulakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *