Bernikahlah Walau Tiada Harta

kahwinAkhir-akhir ini ramai pula berkongsi dengan saya (mengeluh) nak berkahwin tapi tak ada kerja tetap, tak ada duit tak ada apa-apa, macamana nak buat majlis kahwin nak bagi anak isteri makan apa?

Saya sendiri bernikah betul-betul seminggu selepas final exam tahun kelima (akhir) pengajian. Masa itu suami tidak ada apa-apa bahkan badannya kurus kering (rujuk gambar), selepas beranak dua barulah bertubuh sasa (sedikit :p) . Banyak-banyak terima kasih kepada ayah yang tak meletakkan hantaran menggunung tinggi – sesuai dengan status suami yang menganggur ketika itu. Maka kami pun bernikah tanpa pelamin, hanya menjemput kenalan-kenalan terdekat untuk makan-makan.

Alhamdulillah sudah dua puteri Allah kurniakan buat kami – rezeki selepas bernikah. Bukan itu sahaja sebenarnya, selepas berkahwin, daripada tak ada apa-apa, dalam dompet hanya ada RM4 untuk kami berkongsi beli ais krim ketika tinggal di rumah kedai disebabkan mengidam – bahkan keguguran anak pertama mungkin disebabkan saya terlalu aktif turun naik tangga rumah kedai, Allah bentangkan satu-satu rezeki buat kami suami isteri – suami ditawarkan dengan jawatan tetap, saya juga mempunyai pekerjaan dengan gaji yang selesa, Allah berikan anak kedua Sufyyah. Rezeki makin bertambah. Allah beri anak ketiga Ruhyyah (yang sepatutnya bila bertambah ahli semakin banyak keperluan perlu dibeli) tetapi kami rasa rezeki semakin luas.

Benarlah pernikahan itu membuka pintu rezeki. Janganlah takut untuk bernikah dengan menyempitkan soal rezeki yang belum lagi kita laluinya. Allah menjanjikan pernikahan itu dengan rezeki yang melimpah ruah. Belum lagi dengan rezeki kelahiran anak. Setiap anak yang Allah beri ada rezeki yang mengiringinya untuk kita.

Jadi kenapa harus takut untuk bernikah jika tiada harta, permudahkan jalan nikah kamu maka Allah akan permudahkan jalan rumahtanggamu 🙂

Terima kasih kerana sudi membaca. Lama betul tak menulis secara serius. 😀

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *