Adik Sufy, Sufy dan Perkataannya.

Alhamdulillah, adik Sufy dah mencecah usia 12 minggu. Semalam scan di Klinik Assalam Bangi, klinik kegemaran Ibu rasa tak percaya lihat perkembangan adik Sufy yang berkembang sungguh pesat sekali. Masa scan pada minggu yang ke 6, hanya kantung sahaja yang nampak tapi semalam, kepala, tangan, kaki dah sempurna terbentuk, jantung pun berdegup kencang buat ibu terharu.

Sufy pun dah makin besar. Pandai bawa diri, kalau dalam kereta dah tak perlukan ibu untuk terlelap, makan nak suap sendiri cakap pun banyak.

Di usia 1 tahun 5 bulan, banyak perkataan yang dia dah boleh sebut. Ibu sangatlah gembira. Ibu senaraikan di sini untuk catatan memori bila Sufy dah besar nanti. 🙂

#1 tahun 5 bulan#
Allah
Bismillah
Ibu
Ayah
Atuk
Wan Umi
Kakak
Abang
Abang Amir
Adik
Baby
Bear
One
Two
Three
Four
Five
Nak Air
Nak Mandi
Cantik
Pandai
Bismillah
Sakit
Jatuh
Nenen
Biskut

#1 tahun 6 bulan#
Lompat
Tinggi
Alif-Ya
Star
Heart
Twinkle
Iffah
Iman
ABC
Flower
Pampers
Uk uk (buang air besar)
Kangaroo
Monkey
Elephant
Fish
Chicken
Jom

#1 tahun 7 bulan#
Movie
Lompat tinggi-tinggi

Saya seorang surirumah sepenuh masa. 24 jam menghadap anak. Maka saya layankan saja bila anak bercakap. Walaupun tak faham apa yang hendak diberitahu tetapi saya respon seperti saya faham segalanya dan dia balas OK. Maknanya dia puas hati dengan apa yang saya balas. Ibu pun OK jugalah. hehe. Saya sentiasa bercakap dengan anak dan mengulang-ngulang apa sahaja perkataan yang terlintas sehingga melekat dalam otaknya. Kadang-kadang hanya sekali dua saya sebut perkataan itu contohnya movie, tiba-tiba dia minta nak tengok movie dalam handphone saya. Movie ditujukan kepada video-video yang saya rakam keletahnya yang ada di dalam handphone. Alhamdulillah, Sufy sangat terang hatinya. Tak susah untuk dilatih untuk lebih lagi daripada apa yang dia ada sekarang. 🙂

2 comments on “Adik Sufy, Sufy dan Perkataannya.”

  1. musadun Reply

    untuk anak umur sebegitu, boleh dikatakan perkataan tu sudah cukup banyak.moga membesar menjadi anak yang soleh.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *